Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin memuatnaik satu gambar di story Instagram miliknya dengan kapsyen “Akhir 2020, 13 tahun dalam Motorsport. Bye2.”
Kiriman itu menjadi tanda tanya warganet yang ramai berpendapat bahawa tahun 2020 bakal jadi tahun terakhir untuk pelumba kelahiran Selangor itu dalam bidang permotoran.
Setakat ini, Hafizh masih belum membuat apa-apa penjelasan mengenai story tersebut yang dibuat lebih kurang 15 jam yang lalu. Hafizh ketika ini beraksi dalam saingan Moto2 bersama pasukan Aspar.
Sebelum ini, Hafizh pernah mewakili pasukan Monster Yamaha Tech3 dalam saingan MotoGP dan membuat kejutan apabila bersaing bersama Franco Morbidelli dalam gelaran Rookie of the year 2018
Tahun berikutnya, pasukan Tech3 mengekal Hafizh Syahrin dalam pasukannya tetapi tidak lagi menggunakan jentera Yamaha dan bertukar kepada jentera KTM. Selepas pada itu, prestasi Hafizh merosot sehingga pasukan Tech3 menamatkan kontraknya di hujung musim 2019.
Hafizh kembali
SK doakan karier Hafizh Syahrin dapat diteruskan kerana beliau mempunyai bakat yang besar dalam bidang in dan tidak patut disia-siakan.

Sumber: Instagram Hafizh Syahrin