Seorang Ahli parlimen Belanda yang penuh dengan kontroversi, Geert Wilders semalam telah mencetuskan kekecohan dia mahu mengadakan semula pertandingan karikatur Nabi Muhammad selepas lebih setahun acara tersebut dibatalkan susulan daripada bantahan keras yang diterima dari banyak pihak.
Wilders yang juga ahli Pemimpin parti Kebebasan (PVV) yang juga sering dilihat mengeluarkan kenyataan anti-Islam di akaun Twitternya itu telah bertindak mengajak pengikut di Twitternya untuk menghantar lukisan satira memaparkan Rasulullah yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
“#FreedomOfSpeech (kebebasan bersuara) mesti mengatasi keganasan dan fatwa Islam,” katanya.
Rancangan Wilders, 56, untuk mengadakan pertandingan yang sama pada tahun lalu telah mencetuskan kemarahan orang Islam terutamanya di Pakistan.
Acara tersebut walau bagaimanapun telah dibatalkan selepas beliau menerima ancaman bunuh.
Seorang lelaki Afghanistan dilaporkan telah menikam dua warga Amerika Syarikat di stesen kereta api utama Amsterdam sehari selepas pengumuman untuk mengadakan pertandingan tersebut diumum Wilders. Lelaki yang menyerang warga Amerika Syarikat tersebut didakwa telah dihukum penjara 26 tahun pada Oktober lalu.
Sebuah mahkamah di Belanda pada bulan lalu telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang warga Pakistan yang didakwa bersalah kerana cuba untuk membunuh pemimpin berhaluan kanan itu.
Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya
Sumber: Sinar Harian