Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini, AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islam pertama di Malaysia mengundang para pelajar untuk mencetuskan daya kreativiti mereka menerusi Pertandingan Seni Digital AI 2025 yang diadakan pada julung-julung kalinya, bertemakan ‘Aspirasi Perbankan Digital Saya, Sempena Merdeka dan Seterusnya’.
Pertandingan dalam talian tersebut berlangsung dari 26 Ogos hingga 16 September 2025, manakala tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 September 2025, jam 11.59 malam. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk mencetuskan daya kreativiti di kalangan bakal pemimpin masa depan dan inovator muda di Malaysia, serta mendorong penguasaan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) sesama para pelajar. Ia turut berhasrat untuk mencabar minda cerdas generasi muda untuk menghasilkan karya seni digital asli menggunakan aplikasi AI, serta meneroka potensi kreatif kecerdasan buatan. Pertandingan ini juga disasarkan mampu menjadi platform bagi para pelajar menzahirkan visi mereka tentang masa depan teknologi kewangan (fintech) dan kemajuan digital Malaysia melalui lensa kreatif para pelajar.
Demi menggalakkan penglibatan ribuan pelajar di seluruh negara, AEON Bank turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan – Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, dan juga Balai Seni Negara. Kolaborasi strategik tersebut selaras dengan aspirasi negara untuk memperkasakan generasi muda dengan teknologi memuncul dan kemahiran digital yang semakin penting dalam era baharu yang berteraskan teknologi, di samping merapatkan jurang antara seni dengan teknologi, lantaran menyokong peranan Balai Seni Negara sebagai pemangkin seni visual negara dalam menyokong bakat seni generasi muda.
Pertandingan ini adalah percuma tanpa sebarang yuran penyertaan, dan terbuka kepada pelajar berusia 7 – 17 tahun yang memiliki MyKad atau MyKid yang sah. Pelajar boleh mengambil bahagian dalam kategori berikut:
Neko Comel : 7 – 9 tahun
Neko Kecil : 10 – 12 tahun
Neko Juara : 13 – 15 tahun
Neko Wira : 16 – 17 tahun
Neko Kucing : Kategori khas untuk anak-anak kakitangan AEON Bank
Simbolik dengan sambutan kemerdekaan yang ke-68 pada tahun ini, seramai 68 pemenang akan dipilih dan karya digital mereka akan dipamerkan di Balai Seni Negara semasa majlis penyampaian hadiah pada bulan Oktober 2025. Selain itu, 300 penyertaan terawal yang sah akan layak menerima hadiah penyertaan. Semua karya yang dihantar akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
50% relevan dengan tema
50% kreativiti, keunikan dan keaslian karya seni
Karya seni mestilah asli, tidak meniru atau menciplak hasil karya seni sedia ada, dan tidak meniru gaya artistik kreatif mana-mana artis atau studio animasi.
Hanya satu penyertaan dibenarkan bagi setiap nombor MyKad/MyKid.
Bagaimana untuk Menyertai Pertandingan Seni Digital AI AEON Bank?
Langkah 1 : Imbas Kod QR untuk layari ke laman web AEON Bank >> Berita & Media.
Langkah 2 : Di laman web tersebut, baca butiran pertandingan dan Terma & Syarat
Langkah 3 : Berdasarkan tema, masukkan gesaan (prompt) anda sendiri ke dalam mana-mana aplikasi AI generatif seperti ChatGPT, Gemini, Genie, Canva dan lain-lain, untuk menghasilkan karya seni. Simpan hasil karya seni AI akhir, teks gesaan (prompt) dan tangkapan skrin (screenshot) yang membuktikan bahawa teks gesaan tersebut menghasilkan karya seni yang dihantar untuk pertandingan..
Langkah 4 : Layari laman web AEON Bank dan klik pautan untuk menghantar butiran yang diperlukan bersama karya seni AI.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Kempen #MerdekaUntuk dan Promosi Menarik Untuk Pelanggan AEON Bank
Menghayati makna di sebalik kemerdekaan menerusi perspektif yang dekat di hati, AEON Bank melancarkan kempen #MerdekaUntuk. Kempen ini mengundang rakyat Malaysia untuk menghayati Merdeka dari perspektif yang lebih menyentuh hati, yang mana kemerdekaan bukan sekadar kebebasan daripada sesuatu, tetapi juga kebebasan untuk sesuatu, contohnya kebebasan untuk mengejar impian, atau untuk menjana kemantapan, mahupun kebebasan untuk berkongsi keberkatan. Melalui lensa tersebut, #MerdekaUntuk diharapkan dapat mendorong khalayak umum untuk mentafsir erti kemerdekaan menerusi tersendiri, sambil memaparkan kisah perjalanan harian usahawan, keluarga dan individu yang rajin berusaha membina masa depan yang lebih cerah serta menyumbang secara aktif terhadap pembangunan negara.

Sebagai bank digital patuh Shariah pertama di Malaysia, AEON Bank berdiri teguh dalam memungkinkan realiti keterangkuman kewangan (financial inclusion) di kalangan rakyat Malaysia. Kempen ini menggabungkan penceritaan tulen dengan pengalaman perbankan digital moden, lantas mempamerkan bagaimana AEON Bank komited dalam menyokong kemapanan para pelanggan bukan sahaja dalam urusan perbankan harian, tetapi juga dalam detik-detik kehidupan, sama ada besar atau kecil. #MerdekaUntuk juga berhasrat untuk “memperkasakan setiap langkah rakyat Malaysia”, sambil menghayati dan mensyukuri perpaduan, kebebasan dan kemajuan yang direzekikan oleh kemerdekaan. Klik pautan ini untuk menonton video #MerdekaUntuk: https://www.youtube.com/watch?v=YpkZMKfgJ80 Video: Merdeka_2508_2.mp4

Manakala, sepanjang bulan Ogos dan bulan berikutnya, pelanggan AEON Bank boleh menikmati pelbagai promosi menarik, antaranya:
Bagi para pelajar yang berminat menyertai Pertandingan Seni Digital AI 2025, sila imbas Kod QR di bawah atau klik pautan berikut :
https://www.aeonbank.com.my/ms/about-us/media-centre/45-Bakat%20Muda%20Seni%20Digital,%20Tampilkan%20Kreativiti%20Anda!