Peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bagi beberapa negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Yaakob sekaligus dapat menikmati kelonggaran yang telah ditetapkan.
Antara kelonggaran yang dimaksudkan adalah penganjuran majlis sosial yang dibenarkan pada negeri di Fasa 4 PPN. Pun begitu, mungkin timbul kekeliruan berkaitan perkara berkenaan pada hari ini.
Menteri Pertahanan, Tan Sri Hishammuddin Hussein baru-baru ini telah menjawab pertanyaan salah seorang pengguna Twitter mengenai kebenaran melakukan majlis-majlis sosial di negeri Selangor menerusi akaun Twitternya.
” YB menteri, majlis kenduri kahwin, nikah semua dah boleh ya kalau di Selangor?”
“Boleh, jika ikut SOP yang telah dikeluarkan untuk negeri-negeri Fasa 4 seperti berikut,” balasnya menerusi akaun Twitter.
Menerusi akaun Twitternya lagi pada 24 Oktober jam 6.49 petang tadi, beliau turut berkongsi kenyataan bahawa majlis sosial dibenarkan di Kuala Lumpur dan Selangor seperti dalam SOP negeri-negeri Fasa 4.
Larangan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hanya untuk aktiviti perhimpunan, majlis sosial yang berkaitan dengan pilihanraya.
Sumber : Hishammuddin Hussein