Bilik tidur adalah tempat yang paling selesa untuk kita beristirehat bagi melepaskan segala lelah. Tambahan pula, kita boleh melakukan apa sahaja aktiviti di dalam bilik tidur tanpa diganggu. Jadi disebabkan itu, keselesaan bilik tidur adalah sangat diutamakan.
Melalui satu perkongsian di laman facebook milik Naquia Esir, ibu kepada tiga orang anak ini berkongsi proses sepanjang dia mendeko bilik salah seorang anak lelakinya supaya kelihatan cantik. Ibu ini telah memilih tema kapal terbang kerana anak lelakinya yang terlalu obses dengan kapal terbang.
Tidak sia-sia usaha yang dilakukannya kerana hasil akhir sungguh sempurna. Sehingga ada yang menyangka dia membeli stiker kapal terbang yang siap di kedai-kedai.










Happy Boy Happy Ibu ❤️❤️
Sumber: Naquia Esir