Gambar: Facebook

Abang Grabfood Dapat “Request” Khas Dari Pelanggan, Minta Masukkan Ayam Dalam Sangkar Selepas “Drop” Makanan, Bikin Ramai Terhibur

Nur Adnin

Siapa-siapa yang pernah atau sedang bekerja sebagai penghantar makanan, tahulah macam mana perangai pelanggan (customer) yang beraneka ragam. Ada yang susah nak angkat panggilanlah, ada yang baru saja ‘order’ terus tanya bila nak sampai, macam-macam lagi.

Abang-abang ‘rider’ Grab Food, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove dan lain-lain mesti sudah ‘masak’ dengan karenah sebegini. Tapi apakan daya, sepelik-pelik perangai mereka pun, itulah sumber rezeki buat abang-abang ‘rider’ ini.

Baru-baru ini, seorang ‘rider’ Grab Food di Thailand berkongsi tentang permintaan pelik pelanggannya. Pada satu hari, ‘rider’ tersebut, Bardon Muse menerima tempahan makanan oleh pelanggannya dan perlu dihantar ke rumah.

Seperti biasa, dia menghantar makanan seperti yang dipesan. Namun segalanya bermula apabila Bardon menyedari pelanggannya memberikan arahan ringkas dalam aplikasi. Pelanggan tersebut menulis:-

Gambar: Facebook

Situasi itu sempat dirakam Bardon usai menghantar makanan tersebut. Memang betul, ada seekor ayam betina berwarna coklat berada di luar sangkar. Kelihatan ayam itu sedang ‘elok’ bertenggek di dalam pasu bunga.

Di laman Facebooknya, Bardon memuat naik foto ini dan menulis kapsyen ringkas, “Pelanggan ada minta satu permintaan. Tapi aku tak sangka pulak ianya adalah ayam. Lol wtf.”

Perkongsian itu menarik perhatian netizen hingga dikongsi sebanyak lebih 7,000 perkongsian, lebih 4,000 tanda ‘suka’ dan 600 lebih komentar. Rata-rata mereka betul-betul terhibur dengan apa yang dialami Bardon.

Sumber: Bardon Muse