
Hari konvokesyen merupakan hari yang ditunggu-tunggu para graduan dengan kehadiran orang yang tersayang terutamanya ibu bapa.
Momen dan hari inilah yang paling dinantikan ibu bapa yang masing-masing bangga dengan pencapaian anak dan ingin meraikannya bersama-sama.
Walau bagaimanapun, ada juga para graduan yang tidak bernasib baik tanpa kehadiran ibu bapa di sisi mereka ketika menggengam segulung sijil.
Perkongsian Ali Imran melalui Twitter miliknya ini membuatkan rata-rata netizen sebak dengan nasib rakannya itu.