Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 539 daripada 635 orang di dalam kluster madrasah dan tahfiz yang dikesan positif jangkitan Covid-19, tidak menunjukkan sebarang gejala saluran pernafasan.
Susulan itu, KKM berkata ianya boleh mengakibatkan penularan wabak secara lebih meluas dalam kalangan ahli keluarga dan juga masyarakat setempat sekiranya sebarang langkah pencegahan tidak diambil.
KKM menyarakankan tiga saranan seperti di bawah kepada kumpulan berisiko melibatkan pelajar tahfiz.
Susulan kluster #COVID19 di madrasah dan tahfiz.
1.Siasatan KKM mendapati, 539 daripada 635 orang yang dikesan positif #COVID19 tidak mempunyai sebarang gejala saluran pernafasan (84.9%).
2. Ini boleh mengakibatkan penularan #COVID19 yang lebih meluas dalam kalangan ahli keluarga mereka dan juga masyarakat setempat, sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil.
3. Justeru, KKM telah mengeluarkan tiga saranan kepada mereka ini yang dianggap kumpulan berisiko tinggi iaitu:
1. Pelajar yang telah pulang ke rumah, hubungi PKD terdekat untuk ujian pensampelan.
2. Pelajar belum pulang, diminta kekal di asrama dan hubungi PKP terdekat untuk ujian pensampelan.
3. Pemilik atau pengurus madrasah/ tahfiz hubungi PKP untuk salurkan maklumat berkaitan untuk KKM jalankan tindakan tertumpu.
Sumber: KKM Putrajaya