Seramai enam orang dilaporkan telah dipenjara di China selepas didapati ‘memburu’ keluarga mangsa kemalangan dan menipu mereka untuk mendermakan organ ahli keluarga mereka, lapor New York Post.
Semua pelaku tersebut dipercayai telah menghasilkan banyak wang di pasaran gelap.
Kumpulan itu yang merangkumi empat orang doktor yang bekerja dalam pemerolehan organ di hospital telah mendapat hati dan buah pinggang dari 11 pesakit yang baru meninggal dunia di sebuah hospital du wilayah Anhui antara 2017 dan 2018.
The Sun melaporkan bahawa mereka akan sering mencari keluarga mangsa kemalangan atau pesakit dengan kerosakan otak yang teruk kerana tubuh mereka pasti akan sihat.
Salah seorang dari mereka kemudian akan memujuk keluarga pesakit untuk menandatangani borang persetujuan derma organ palsu, organ-organ itu akan diambil secara haram pada tengah malam di dalam van yang ‘menyamar’ sebagai ambulans.
Organ tersebut kemudian akan dijual kepada individu lain yang terlibat dalam rantaian pemerdagangan manusia.
Perbuatan mereka itu telah dibongkar oleh salah seorang anak mangsa ketika dia meragui mengenai persetujuan derma organ yang dikeluarkan keluarganya setelah kematian ibunya pada tahun 2018 lalu.
Dia kemudian mendapati bahawa tidak ada rekod mengenai organ ibunya yang pernah disimpan dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau Pusat Pentadbiran Pendermaan Organ China di Beijing.
Mereka yang terlibat dalam pemerdagangan organ tersebut dijatuhi hukuman antara 10 dan 28 bulan pada bulan Julai yang lalu namun kes itu baru diketahui setelah anak lelaki mangsa tersebut membongkarkannya pada pihak media.
Sumber: New York Post