33.4 Juta Anggaran Penduduk Di Malaysia Pada 2023, 3 Juta Bukan Warganegara
KUALA LUMPUR — Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan anggaran penduduk semasa di Malaysia pada 2023 adalah 33.4 juta berbanding 32.7 juta berbanding tahun 2022.
Statistik itu merekodkan peningkatan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 2.1 peratus.
Dari anggaran jumlah keseluruhan, 30.4 juta (91.1 peratus) adalah warganegara Malaysia. Ia menunjukkan peningkatan 0.2 juta berbanding 30.2 juta (92.4 peratus) berbanding 2022.
Manakala bukan warganegara pula merekodkan peningkatan jumlah 3 juta (8.9 peratus) berbanding 2.5 juta (7.6 peratus) pada 2022.
Peratusan Kumpulan Etnik
70 peratus daripada 30.4 juta rakyat Malaysia adalah dari kaum Bumiputera, dengan 22.6 peratus terdiri daripada kaum Cina, 6.6 peratus (India) dan 0.7 peratus adalah lain-lain.
Bagi kaum Bumiputera, ia menunjukkan trend meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun sebelumnya dan kaum Cina pula menurun 0.2 peratus dari 22.8 peratus pada 2022.
Sementara bagi kaum India dan lain-lain kekal dengan peratusan pada tahun sebelumnya.
Penduduk Mengikut Jantina
DOSM dalam kenyataan tersebut turut memaparkan jumlah penduduk mengikut jantina.
“Bagi penduduk lelaki, jumlah penduduk pada 2023 adalah 17.5 juta meningkat berbanding 17 juta berbanding tahun sebelum itu.
“Bagi penduduk perempuan pula, jumlahnya adalah 15.9 juta menunjukkan peningkatan berbanding 15.7 juta pada 2022,” maklumnya.
Nisbah Jantina
Nisbah jantina bagi keseluruhan penduduk ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Bagi tempoh 2022-2023, nisbah jantina Warganegara kekal pada 103 manakala Bukan Warganegara menurun daripada 227 kepada 226 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Gambar: DOSMStruktur Umur
Sementara itu, jumlah penduduk mengikut kumpulan umur turut menunjukkan trend meningkat kecuali bagi kumpulan umur 0 hingga 14 tahun.
Bagi kategori 0 hingga 14 tahun, jumlah yang direkodkan pada 2023 adalah 7.5 juta (22.6 peratus) sedikit menurun berbanding 7.6 juta (23.2 peratus) berbanding tahun sebelumnya.
Pada tahun, penduduk bagi kategori umur 15 hingga 64 tahun pula mencatatkan peningkatan 23.4 juta (70 peratus) berbanding 22.4 juta (69.6 peratus) pada 2022.
Bagi kategori kumpulan umur 60 tahun ke atas pula adalah 3.8 juta (11.3 peratus) meningkat 0.2 juta berbanding tahun 2022.
Bagi umur 65 tahun ke atas pula juga memaparkan trend meningkat dari 2.4 juta (7.2 peratus) pada 2022 kepada 2.5 juta (7.4 peratus) pada 2023.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi DOSM.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)