Putrajaya, 9 Sept- Seramai 237 pengembara yang pulang ke Malaysia sejak perintah wajib kuarantin diperkenalkan semula 24 Julai lalu disahkan positif COVID-19, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam satu kemaskini, KKM mengesahkan kebanyakan daripada mereka baru pulang dari India, Filipina, Indonesia dan Yaman.
“Seramai 237 pengembara yang pulang ke Malaysia didapati positif COVID-19 sejak perintah wajib kuarantin diperkenalkan semula bermula 24 Julai.
“Sebahagian besar mereka ini tiba dari India, Filipina, Indonesia dan Yaman. 216 atau 91% mereka ini tidak bergejala,” lapor KKM.
Susulan itu, kemasukan Pemegang Pas Jangka Masa Panjang tidak lagi dibenarkan bagi negara yang mempunyai lebih 150,000 kes COVID-19.
“Sekatan ini bagaimanapun tidak melibatkan rakyat Malaysia.
“Senarai negara terlibat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” tulis KKM.
Sumber: KKM