22 pekerja dilapor telah meletakkan jawatan di sebuah syarikat teknologi maklumat selepas mengetahui bahawa pengurus mereka menengking seorang pelatih yang memohon cuti kerana kucingnya sedang nazak.
Pekerja-pekerja tersebut menghantar emel perletakkan jawatan selepas mengetahui mengenai insiden tersebut.
Salah seorang pekerja disitu telah berkongsikan cerita berkenaan insiden tersebut di laman media sosial Reddit selepas dia dan beberapa orang rakan sekerja menyaksikan insiden tersebut.
Pengurus tersebut dikatakan telah menengking seorang pelatih di situ ketika dia memohon cuti kerana kucingnya sedang nazak.
Walaupun perkara sebegini boleh dibincangkan hanya antara mereka berdua, namun pengurus tersebut menengking pelatih tersebut dengan kuat sehingga ramai pekerja yang terdengar perbualan itu.
Pelatih tersebut dikatakan meninggalkan pejabat sambil menangis selepas kejadian tersebut.
Pemilik akaun Reddit tersebut turut memberitahu yang dia juga sudah tidak tahan bekerja di situ kerana syarikat tersebut sering memotong gaji pekerja meskipun mencatatkan keuntungan yang tinggi.
Selain itu, beberapa orang pekerja di situ turut merancang untuk berhenti kerja pada hujung tahun ini, namun selepas insiden tersebut terjadi mereka mengambil keputusan untuk berhenti secara serta-merta.
Susulan daripada insiden itu, pengurus tersebut dikatakan akan dikenakan tindakan disiplin dan berdepan dengan risiko hilang kerja.
Sumber: Daily Star