Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dilaporkan telah menerima aduan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkaitan dengan penemuan longgokan 19 tong bahan sisa berjadual.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, melalui ciapannya di Twitter, semua tong itu ditemui di sebuah premis haram dalam rizab sungai, Taman Seri Reko.
Jelasnya, Beberapa tong berlabel Acetone, Sodium Hypochlorite serta berbau Thinner.
“Ia berpotensi mencemarkan Sungai Langat, Jabatan Alam Sekitar akan siasat mengenai perkara ini,” katanya.
Sumber: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man