Gambar: Mirror

19 Tahun ‘Berkapel’, Wanita Sebak Teman Lelaki Akhirnya Lamar Untuk Berkahwin

Zahirah

Seorang lelaki memberi kejutan kepada kekasih hatinya pada Hari Kekasih dengan lamaran perkahwinan yang diukir di atas pasir di sebuah pantai.

Patrick Dinnen ketika itu sedang berjalan sambil berpegangan tangan bersama teman wanitanya Mags Cleary di Pantai Inchydoney, Ireland sebelum dia melihat lamaran tersebut.

Pasangan yang telah menjalinkan hubungan selama 19 tahun itu menghabiskan masa pada malam sebelumnya di spa di pulau tersebut dan telah keluar bersiar-siar keesokan paginya.

Semasa sedang bersiar-siar, teman wanitanya terkejut apabila ternampak ukiran tersebut yang berukir “Sudikah awak berkahwin dengan saya, Mags Cleary?”

Orang ramai turut tersentuh dengan kejadian tersebut termasuk lamaran ukiran bentuk hati gergasi tersebut.

Mags berkata yang dia berasa sangat terkejut dan tidak menjangkakan lamaran tersebut ketika sedang bersiar-siar di pantai.

Walaupun masih belum merancang mengenai perkahwinan tetapi memaklumkan bahawa ia adalah hari yang pastinya dinantikan anak-anak.

Sementara itu, pasangan tersebut turut mempunyai dua cahaya mata iaitu Daryl dan Robyn.

Sumber: Mirror