Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kebanyakan kluster wujud selepas kebenaran merentas negeri sejak 7 Disember 2020 hingga 14 Januari 2021 lalu.
Menerusi perkongsin daripada KKM sebentar tadi memaklumkan bahawa terdapat 18 kluster baharu yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri di lima buah negeri termasuk Kelantan ( 7 kluster), Pahang, Sarawak dan Perak (masing-masing 3 kluster) serta Terengganu iaitu 2 kluster.
Jumlah keseluruhan kes positif untuk 5 buah negeri ini adalah sebanyak 1,378 kes.
Malaysia kembali menguatkuasakan larangan merentas negeri di seluruh negara bermula 13 Januari hingga 26 Januari 2021 dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Sumber: KKM